The Flavor of Life~

Manis. Masam. Pahit. Masin. Payau. Tawar. Pedas. Berangin. Macam2 ada..

1 Dec 2010

Mukadimah



Assalammualaikum w.b.t.

Sebelum bertanya khabar orang lain, mari kita bertanya khabar kepada diri sendiri. Sihat kah? Ada masalahkah? Tidak salah mengambil berat akan orang lain. Tetapi tidak salah juga kalau mengambil berat akan hal diri sendiri. Kan? kan? kan? =)

Sebenarnya kewujudan blog ini sudah lama. Cuma tiada pengisian sahaja. Blog ini masih tercari-cari hala tujunya. Sebab sudah terlalu banyak blog yang ada internet sekarang ini. Idea dalam gugusan otak ini masih tak terperah keluar. xD~! Kalau boleh pengisiannya perlulah berguna dan sedikit sebanyak membantu para manusia di luar sana. Kemungkinan sebahagiannya di "salin tampal" dari sumber lain tetapi masih mengekalkan keaslian dan diletakkan sumbernya dari mana. Manakala selebihnya perlulah dari hasil cetusan sel2 otak sendiri yang menjana maklumat dari pengalaman (walaupun kurang berpengalaman... hehe~), pengetahuan dan kehidupan seharian. Apa-apa pun, blog ini akan dinaiktaraf walaupun memakan masa tetapi akan diusahakan juga. Demi kebaikan umat Islam semua. Amar makruf nahi munkar. InsyaAllah.

إِلَى اللِقَاء